Pau Halim

Sejarah





Sebut nama Pau Halim, sinonimnya, peminat kuih pau ini akan merujuk kepada seorang lelaki yang menjaja makanan ini dari rumah ke rumah dan juga pasar-pasar malam di sekitar Arau dan Kangar, Perlis, sejak di awal tahun 1980-an lagi.
   Tetapi tiada siapa yang tahu, siapa sebenarnya di sebalik tabir 'Pau Halim' sehingga berupaya menambat hati peminat kuih pau di Perlis sejak 34 tahun lalu malah masih gagah meneruskan khidmatnya sehingga kehari ini.
    Pengorbanan Saadiah Omar, 62, di sebalik Pau Halim amat besar tetapi ibu kepada lima anak ini mengakui sangat pemalu ke hadapan untuk menjual kuih pau sebaliknya, minatnya hanya membuat kuih itu sahaja.
    Cerita Saadiah segala-galanya bermula dengan hasrat untuk membantu menambah pendapatan suaminya, Halim yang ketika itu cuma seorang buruh di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
   "Saya nekad meminta arwah suami, Abdul Halim Jaafar untuk menemani saya ke rumah seorang saudara di Kuala Lumpur pada tahun 1980 hanya untuk belajar teknik membuat kuih pau untuk dipasarkan secara komersial," katanya ketika itu ditemui di rumahnya di Kampung Belat Batu, Arau, Perlis baru-baru ini.
    Beritahu Saadiah, sebaik sahaja pulang mendalami ilmu membuat kuih pau itu dia mula membuat percubaan dengan meletakkan kuih tersebut untuk diletakkan di beberapa buah kedai makan di sekitar Arau dengan tiga jenis inti iaitu kaya, kacang merah dan ayam.
   "Dua bulan selepas itu saya mula nampak kuih pau yang dihasilkan sudah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai lalu mula berbincang dengan suami yang bersedia untuk memulakan jualan kuih pau panas dari rumah ke rumah selepas dia pulang dari kerja mulai pukul 5.30 petang." katanya.
   Beritahu Saadiah, pada peringkat permulaan dengan 100 biji kuih pau dijaja oleh arwah suaminya dengan menggunakan motosikal telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana jualan biasanya laris pada setiap hari.
   "Selepas enam bulan saya membeli sebuah van pick-up untuk digunakan oleh suami di mana dapat memuatkan sehingga 400 biji kuih pau dalam satu-satu masa dan semenjak itu Pau Halim semakin berjaya menambat hati pelanggan," katanya.
   Sehingga kini katanya, Pau Halim masih dihasilkan secara homemade serta tradisional termasuk proses mengisi inti kuih pau dilakukan oleh lapan pekerjanya dengan pengeluaran sebanyak 1,500 biji setiap hari.
   "Pau Halim juga bebas dari bahan pengawet juga dikukus dengan menggunakan peralatan pengukus daripada kayu," katanya.
   Bagaimanapun katanya, perniagaan Pau Halim mula berdepan dengan cabaran apabila arwah suaminya itu mulai sakit dan kemudian meninggal dunia pada tahun 2010.
   "Di saat ini saya perlu memikirkan cara untuk menukar cara jualan termasuk 'memaksa' anak ketiga, Raihannah yang ketika itu baru menamatkan pengajiaan diploma kejuruteraan di sebuah politeknik untuk membantu saya," katanya.

Testimonial

Harga

Agent Diperlukan

How To Order